PANDUAN PENULISAN BORANG ADUAN
Bahagian 1. Hak asasi apa yang anda rasa telah diambil atau dilanggar?
(Nyatakan sama ada hak fitrah kemanusiaan, hak jiwa atau nyawa, hak akal, hak keturunan atau maruah, atau hak harta)
Bahagian 2. Siapa pihak utama yang terlibat dalam kes ini?
(Nyatakan diri anda sebagai pengadu, dan pihak yang melakukan kesalahan sebagai pihak yang diadu)
Bahagian 3. Apa yang anda mahu berlaku selepas aduan ini dibuat?
(Jelaskan tujuan aduan anda, sama ada mahu pampasan, siasatan, perubahan dasar, permohonan maaf atau tindakan undang-undang)
Bahagian 4. Mengapa anda kata hak anda telah dilanggar?
(Nyatakan senarai sebab yang jelas, yang menunjukkan bagaimana hak anda dicabuli serta kaitannya dengan tujuan aduan anda)
Bahagian 5. Apa kronologi fakta yang berlaku dari mula hingga akhir?
(Ceritakan jalan cerita kes anda mengikut urutan tarikh, bermula dari peristiwa pertama hingga keadaan terakhir)
Bahagian 6. Fakta mana yang paling kuat berhubung menyokong aduan anda?
(Bina senarai fakta utama yang membuktikan kes anda dengan kukuh dan menyokong secara spesifik alasan hak perundangan yang dinyatakan)
Bahagian 7. Apakah soalan paling besar yang perlu dijawab dalam kes ini?
(Tulis soalan pokok dalam bentuk persoalan yang jelas, contohnya “Adakah hak badan saya telah dicabuli dengan paksaan rawatan?”)
Bahagian 8. Apakah prinsip, hak atau dasar yang boleh membantu menjawab persoalan anda?
(Nyatakan rujukan relevan seperti perlembagaan, undang-undang hak asasi, peraturan antarabangsa, prinsip keadilan atau keterangan pakar)
Bahagian 9. Mengapa prinsip atau hak itu sesuai digunakan dalam kes anda?
(Jelaskan mengapa prinsip itu relevan, contohnya dasar bercanggah dengan hak rakyat, atau hak asasi mesti dipelihara)
Bahagian 10. Bagaimana anda mahu Mahkamah Rakyat membuat keputusan dalam kes anda?
(Nyatakan keputusan yang anda anggap adil, seperti batalkan dasar, beri pampasan, ubah sistem atau keluarkan keputusan moral)
Bahagian 11. Apakah bukti yang anda ada untuk menyokong aduan ini?
(Senaraikan dokumen, gambar, video, laporan atau nama saksi yang boleh mengesahkan fakta dan cerita anda)
* Panduan Penggunaan Dengan Bantuan AI
Kumpulkan semua fakta kes dan dokumen bukti dalam bentuk fail seperti PDF, gambar, laporan atau dokumen pakar. Muat naik ke sistem AI. Gunakan struktur soalan satu hingga sebelas di atas untuk membantu AI menyusun Borang Aduan anda.